Monday 17 October 2016

Fakta menarik tentang Dinar & Dirham :



1. Apakah itu Dirham?
Dirham ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.
1 dirham = 2.975g perak (999 purity)
10 dirham = 29.75g perak (999 purity)

2. Apakah itu Dinar?
Dinar adalah syiling emas yang juga matawang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. Ia diperbuat daripada emas 24 karat (999) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.

’7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’


7 dinar
 =4.25g(1 dinar)x 7
 =29.75g
10 dirham
 =2.975g(1 dirham) x 10
 =29.75g



Basic tentang emas

1⃣ Emas juga dikenali sebagai logam kuning..
2⃣ Emas semuanya sama.. jgn tertipu dengan brand.. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya..
3⃣ SIFAT EMAS

 ๐Ÿ”ธBerwarna kekuningan
 ๐Ÿ”ธMudah di bentuk
 ๐Ÿ”ธ Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.
 ๐Ÿ”ธ Tidak terhakis.

4⃣ GRED EMAS

# Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)
-------------------
Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas
-------------------
Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)
--------------------
Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
--------------------
Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)
Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
--------------------
Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas
--------------------
Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)
๐ŸŒท๐ŸŒบ๐ŸŒป๐ŸŒธ๐ŸŒท๐ŸŒบ๐ŸŒป๐ŸŒธ

5⃣ Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh
-------
Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen

Barang Kemas 916
Bermaksud 91.6% emas
8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

6⃣ Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy

Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia


TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal.

7⃣ Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia

KELANTAN
Emas Se Rial =2.72gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
---------------------
TERENGGANU
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm
----------------------

Contoh pengiraan๐Ÿ‘‡

Satu gram = rm 150
Se rial berat = rm 150 x 2.72g = Rm 408

# so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hr ni ialah rm408.. jangan la terkejut plak.. sebab tu dlm rial.. bkn dlm gram.. kita kena tahu mcm mana nak convert..๐Ÿ˜…


9⃣ Spread / Susut Nilai Emas.

Susut Nilai ni mcm second hand value.. Macam jer..

Lepas keluar kedai.. harga akan berkurang.. contoh kita beli handphone.. beli harga 1000.. bawak balik rumah.. x syok.. esok nak tolak balik kat kedai tu.. emm dia amik rm 600 jer.. tu maksudnya spread atau susut nilai dia 40%..

TAPI KENAPA EMAS PON ADA SPREAD ?

Barang kemas spreadnya lebih tinggi sebab
1. Barang kemas ada design. Ada kemungkinan design yg kita trade in tu dah outdated..

proses penyimpanan akan jadi lama sehingga ada pembeli baru.. atau mungkin perlukan pemprosesan semula utk dijadikan design baru..

Kos ni lah yg telah di ambil kira dlm jual beli emas..

2. Gold Bar dan Dinar
Susut Nilai wujud kerana adanya admin fees semasa proses penjualan dan pembelian balik.. lain2 terdapat juga proses re packing jika packaging dah x sempurna mcm asal..๐Ÿ˜…

semoga bermanafaat..jom jd penyimpan emas berilmu..

No comments:

Post a Comment